Mari Ringankan Tangan

Wednesday, 2 October 2013

Hanya Menyampaikan.

Assalamu'alaikum muslimin muslimat yang dirahmati Allah S.W.T...





owner: kak jannah's

Semangat aku lain macam sikit untuk entry kali nih. macam di cas cas. power level UP! Aku nak cerita panjang. pesanan awal: sila sediakan popcorn kt sebelah. xpon keropok ka, makanan ringan lain lain ka. errkk..just in case hang rasa boring ka. tak se esaited (baca: excited) macam aku.

Tajuk aku dengan gambaq fes aku nih nampak macam "eh apa kena mengena?" kannn? kann? kann? mesti tertanya tanya kann?? baik mengaku *angguk angguk* 

Jari jemari yang terbuka bergaya seperti menadah atau memberi ini melambangkan tajuk aku, "HANYA MENYAMPAIKAN". Hanya MENYAMPAIKAN atau HM nih merupakan geng yang ditubuhkan untuk tujuan menyampaikan. menyampaikan apa? haaa, menyampaiiikannn segalaaaa ilmu ilmu dunia dan akhirat. inshaAllah.




Haaa hampa mesti terar (baca: terror) kan teka bendalah hijau apakah ini? haaa makanan! ehh ok xlawak. *falmpace* 
Nih adalah lambang application Whatsaap. whatsaap nih application yang agak terbaik dalam geng application communication lah. "hey makngah, nak promote application kerr?" ahaa! yess., aku nk promote, guna lah whatsaap nih weh orang kampung! 

Aku dulu pun tak berapa 'ngam' dengan whatsaap nih, aku prefer wechat lagi. tapi, since ada group HM (hanya menyampaikan), aku jadi addict! yess addict! ketagihhh...haa, tapi idok ler ketagih kritikal, ada lahhh ketagih tahap sepuloh? err..... 

ok dari awal aku dok mention HM nih kan, haaa nih aku nk cerita dari awal. Group HM nih ditubuhkan pada awal 2013. Group nih merupakan Group Usrah Online. Setakat hari ni, ada 10 group. dari group HM1 hingga lah HM10. 



owner: kak jannah's

Nampak tagline kami? "Tanpa Daqwah, kami rebah" , satu lagi, "Tanpa tarbiyah, gerenti rebah"



owner: kak jannah's

Dalam setiap satu group, akan ada naqibah masing masing.

Group HM admin: Ukhti Myra

Naqibah HM1: Ukhti Khalesah
Naqibah HM2: Ukhti Syhida Elyna
Naqibah HM3: Ukhti Salwa
Naqibah HM4: Ukhti Zulaikha
Naqibah HM5: Ukhti Nurul Ed
Naqibah HM6: Ukhti Firzanah Izzati
Naqibah HM7: Ukhti Aisyah
Naqibah HM8: Ukhti Siti Aimi Ayuni
Naqibah HM9: Ukhti Nayla Mohayidin
Naqibah HM10: Ukhti Nur Hidayah

Group nih takdak muslimin ye. semua muslimat. makanya, perbincangan takdak lah malu malu, segan segan incase topik yang sensitif kan.

Usrah ini berjalan HARI HARI. setiap hari ada saja tazkirah yang diberikan dan dibincangkan. ada jugak persoalan demi persoalan yang dibangkitkan dan dibincangkan dari pelbagai sudut dan aspek. fuhhh.....alhamdulillah.

"Eh group HM nih kalau hari hari berjalan usrahnya, tak ke orang 24 jam dengan hengpongg (baca: handphone) jerk?!"

haaa...untuk mengelakkan orang 24 jam dengan whatsaap jer tunggu tazkirah, usrah, group ni ada rules rasmi. yess rasmi bagi semuaaaa HM. dari HM1 - HM10 wajib ikot rules nih.

Masa yang tidak dibenarkan ber'whatsaap'
  1. 1-2 p.m iaitu waktu zohor.
  2. 4-5 p.m iaitu waktu asar.
  3. 7-9 p.m iaitu waktu maghrib dan isya'.
(Solat itu tiang agama.Jangan ambik ringan.)

4. 12 tgh malam, semua dikehendaki tidak lagi berwhatsaap, dan digalakkan tidur. Dan melatih diri untuk bangun qiam.

Antara perkara yang akan dibincangkan (inshaAllah):

tajwid
tafsir quran
akhlak islamiah
hadith
sejarah/tamadun islam
tazkirah
bersoal jawab


group nih jugak dilatih dengan vocab arab. banyak nihhh yang terar lughatul arabiah nih. haaa lagi satu, group nih xdak membezakan kepandaian, semuaa yang ada ilmu, dialu alukan membincangkan sesuatu topik. dari sudut duniawi mahupun ukhrawi. =)

Group ini inshaAllah kurang membincangkan perkara lagha. semuanya ilmu ilmu sajja yang dicurah curahkan. ilmu lain lain orang, apabila saling sharing sharing, menjadi something yang sangattt menarik. yelah, komfom esaited kan! seryesly aku sangat esaited bila group nih membincangkan sesuatu. masyaAllah! time tuh aku rasa, ehhhh yekeee? laaaa betul ke.... ohh beginiiii, ohh begituuu,,..

tapi, seperti naqibah group kata, tidak lah usrah online nih lengkap dan melengkapkan hidup kamu! kena jugak cari gali ilmu luar luar tu. yang real live tu. haaaa...betul lah kan.. group nih hanya top up kan pengetahuan kita. group ni saling mengingatkan satu sama lain. saling menegur satu sama lain.


owner: Kekka's

dalam group nih, yang indah nya ialah ukhwah dia. Ukhwah fillah. maniss sangat. sungguh. terasa sungguh disayangi Allah S.W.T. sebab dihadirkan insan insan yang sebegini. hadir bukan dengan tangan kosong, tapi dengan manisan iman. disuap suap kan manisan itu di setiap hati hati. alhamdulillah. masyaAllah. ukhwah nih bukan di alam maya sajja, tapi ditakdirkan Allah dapat bersua muka di luar. masyaAllah.



aku dan usrahmate HM.
jumpa live kt Pendang.




owner: kekka's
Haa...this! dalam group nih, semua dah macam power supply. versi powerbank? haa... semua nya saling recharge power masing masing. adusss aku cinta! cintakan ukhwah nih. syukran Allah. *senyum*

ada satu hari tu, aku rasa down sgt. aku rasa 'alamak, kenapa dengan aku nih? dah kenapa teruk sgt rasa? aaaaa rasa hilang!'. lelajuuu je aku ngadu kt group HM nih. aku cakap aku resah, gundah gelana. sungguh. Usrahmates ingatkan aku tentang Allah.

Allahu...Allahu...Allahu...Allah tegur aku melalui depa depa. aku masih ingat, kak jannah cakap "beruzlah. mandi wajib, ambil wuduk, solat sunat, dan duduk muhasabah diri."  

Kat sini, aku bukan nak cakap 'eh hang join lah group HM nih, masalah hang akan hilang!' NO....aku cuma nak cakap, disaat hang rasa hang rasa 'meroyan' tak tentu arah, akan ada insan insan yang menegur hang. mendekatkan hang dengan Allah. Tarbiyah hati, tarbiyah rohani. MasyaAllah. Terasa kemanisan. *nangis*



owner: kak jannah's

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringatkan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat mati"


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? (credit: klik sini)

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan  jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


owner: kekka's



Kita atas dunia ni, bukan sorang-sorang. Kita ramai. Jadi, mari ramai ramai bermujahadah. atas dunia pinjaman Allah nih, mari bermujahadah ramai ramai supaya kita jumpa semula, berkumpul ramai ramai, masuk syurga! indah nya, subhanallah. memang, bermujahadah itu pahit, sebab syurga itu terlalu indah. terlalu indah untuk dicemari noda dan dosa. =) *senyum*


owner: kekka's
*hulur tangan*

jom habibati, masuk syurga. *peluk*

bagi sesiapa yang ingin join group whatsaap HM ini, boleh contact aku. comment di entry digalakkan. =)


owner: kekka's

p/s: ana uhibbukum jiddan! ukhwah fillah abdan abada. #GroupHM

*syukran khatiran kak syhida, kak ika, yuni, and usrahmates yang lain atas bantuan antunna untuk ana seapkan entry nih. tanpa kalian, entry nih, xdookk.. sobbss~~ ok drama! kekeke*


6 comments:

  1. assalam akak mcm na nak join group ni ??

    ReplyDelete
  2. salam...saya teringin nak join group ni...bagaimana ye/

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt..... saya nak join group ni jugak.... mcm mana ye??

    ReplyDelete
  4. Salam. Macam mana cara nak masuk group ni ye?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kakak. sy brminat nak join :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. Macam mana cara nak join group ni ye...

    ReplyDelete