Assalamu'alaikum muslimin muslimat yang dirahmati Allah S.W.T...
"Eh cahaya, hang rasa pmpuan 2 ekor tu nanti, masuk syurga ke neraka?"
Krik. Krik. Krik. Diam.
"Aku komfom, neraka ja tempat depa! Tak reti reti nak pakai tudung! Baju tu, ketat nauzubillah! Aku sbg wanita solehah,malu la tgk!"
Mana hang tau hang solehah?
"Aku tau la! Tgk la cara aku pakai. Lagipun,aku sekolah agama.mesti aku lagi tau bab2 akhirat"
Oh ok then, sepatutnya depa pakai macam hang ka bagi nampak solehah?
"Aku menutup aurat"
yaa..aku nampak. tapi hang makan daging manusia. daging saudara hang sendiri.
"Gila hang! bialamasa aku makan?!" *sising lengan baju*
Firman Allah swt :
" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagia daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebabitu,patuhilah larangan-larangan tresebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani" - (Surah al Hujurat :12)
"Err...mana aku mengumpat."
ahaa...mana hang mengumpat, hang makan daging manusia. hang hantuuu.....wuuu *hambar* =="
"Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus selagi hatinya tidak lurus,
dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus"
(hadis riwayat Ahmad)
***END***
Cerita dia kat sini, aku nak highlightkan beberapa benda yang selalu aku pkiaq sorang sorang. so, aku nak ajak reramai pkiaq berjemaah. Semua berkisar pasal ASSUMPTION manusia. Manusia nih mmg jenis yang setiap masa asyikkkk dengan assumption. *aku pun! wuuu tunduk*
Makanya, pelajar pelajar Sekolah / IPT yang ada nama agama atau islam di nama sekolahnya atau nama IPT nya, komfom akan dicop ustaz ustazah! kalau paling tak pun, hang akan dipandang serong sangattt kalau hang pakai luar tabiii lari dari apa yg orang orang setkan dalam otak depa!
U get me?
ok meh aku clearkan. contoh paling senang, apabila hang dari sekolah agama atau IPT yg ada nama Islam di namanya, kemudian hang join satu program luar, orang akan expect hang pakai sopan, dan tudung labuh! itu! komfom.
Well, hang nak bagi feedback acaner?
Kemudian, bilamana hang bertudung labuh, berpakaian sopan, orang akan assume hang perfect! seriously! dan makanya, bila hang ada buat salah, hang akan dikutuk ,diketuk, dibasuh, dan dicuci guna klorox. sampai satu saat, hang akan rasa nak jerit "AKU BUKAN MAKSUM!"
sungguh.
 |
Listen. listen. listen. |
Aku sebenaqnya kurang berkenan dengan people's assumptions. Assumptions nih tak membangunkan manusia tapi kadang kadang menjatuhkan lagi manusia. Analogi aku, bila hang tengok makanan, nampak sedap gilerrr, tapi bila hang makan, xsedap langsung! totally out. sama macam manusia, luaran lain, dalaman lain.
TAPiiiiiiii.
Hang bukan siapa siapa untuk menilai, menilik, dannn paling teruk, menghukum seseorang tu!
Hang nampak orang tu asyik tersenyum, ramah, suka menegur, assumption hang, perempuan nih jenis melayan nih. bukan perempuan yang baik baik.
Hang nampak orang tu tak pernah senyum, pendiam, jalan sorang sorang, assumption hang, perempuan nih sombong, mesti orang takmau kawan dengan dia.
Hang nampak orang tu bertudung labuh, tapi secara tak sengaja melakukan kesalahan, and kebetulan hang nampak time tu, assumption hang, perempuan tudung labuh nih, nampak je baik, padahal tak pon!
see, assumption demi assumption. Jelas, manusia suka menilai luaran untuk menetapkan dalaman. seperti iman.
oh ya! nah quote.
"Manusia adalah daei. Daei adalah pendakwah. Pendakwah adalah berdakwah, menyeru amar makruf nahi munkar. Bukan menilai dan menjatuhkan hukuman. Allah lebih tahu."
La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah.
Allahuakhbar!
p/s: sebenaqnya assumption nih perlahan lahan membawak aku down. T___________T