"La tahzan, Innallaha ma'aana"
jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu.
hang selalu dengaq ayat tuh? selalu kan. aku selalu dengaq. selalu disini maksudnya hampir HARI-HARI. dan hampir hari hari kat sini maksudnya hampir hari hari jugak aku bermasalah. *sila baca banyak kali kalo tak paham*
Aku paham, each of manusia ada masalah masing-masing. tak aci lah aku ungkit masalah aku sorang jer kan. Well, *garu kepala* , ikhlas aku mintak maaf. aku memang. memang tak kuat nak tanggung masalah aku ni. aku rasa beratttt sangat.
"heleyh weh, kan Allah itu takkan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya!"
ye aku tau.
"dah tu awat nak meratap lebih kurang? macam loser. kan Allah tak suka orang yang lemah!"
ye aku tau.
"bangun! kuat semangat! Allah dah tau hang mampu, sbb tu Dia uji hang. Dia nak tengok betapa hang nak bermujahadah atau hang nak futur. sedaq dak?"
*menangis*

Allah maha mengetahui. Allah maha mengetahui. Allah maha mengetahui. dan setiap perancangan Nya adalah terbaik. dan juga setiap satu ujian yang diturunkan itu adalah nikmat. hang jangan salahkan siapa siapa. hang muhasabah diri hang.
"awat ya cahaya, aku study hardest! hardest dari hang lah, tapi aku selalu gagal. aku tak pernah nak rasa kejayaan walau sikit"
- Muhasabah diri kita balik. dalam setiap satu perbuatan kita tu, kita balance tak? balance kat sini maksudnya hang study hardest *kononnya*, hang ingat Allah dak? Hang tau dak antara kesilapan kebanyakan pelajar bila nak exam, depa akan ralit belajaq sampai depa lupa Allah. Jangan yea nokss, jangan hang lupa Allah. buat apa yang disuruh, jangan buat apa yg dilarang. semoga Allah redha!
"awat ya cahaya, aku sentiasa tolong orang, aku sentiasa bersedekah, kan Allah kata setiap satu pertolongan akan diberi 10 kali ganjaran, tapi awat aku tetap miskin? nak makan terkaih kaih"
- ok mai audit hati. kalau hang sentiasa tolong orang, hang ikhlas dak? sungguh, orang kata ikhlas nih ibarat cari jarum dalam gelap. *aku xingt peribahasa ni* tak nampak! sungguh. tapi kita audit sendiri, kita bersedekah tu, kita nak tunjuk kt orang atau kita nak dpt redha Allah? kita dah bagi tu, kita dok ingat ingat dak? kalau dok ingat ingat, dok kenang kenang walau benda yg hang sedekah tu hanyalah pemadam 2 kupang, hang tak ikhlas! kenapa hang nak ungkit ungkit pemberian hang? hang nak orang yg hang tolong tu kenang jasa hang? cuba ikhlaskan hati yea. sesungguhnya berbuat baik itu mudah tetapi ikhlas itu susah. tapi walau susah ia tak mustahil
"awat ah cahaya, aku ni tak pernah nak rasa puaih? semua benda aku buat, aku rasa xkena"
- ok mai kita tengok apa yang hati hang dok tak puaih sgt tu. hang dengki ka camna? hang selagi tak bersyukur dengan apa yang hang ada, selagi tu lah hang takkan rasa puaih. OPPPSS! tapiiii, tak bermakna hang tak boleh improve hidup hang. yes good sgt nah kalau hang sentiasa berusaha untuk majukan hidup hang. but again, BERSYUKUR! setiap satu yang hang dapat , hang kena bersyukur. ingat, jangan lupa Allah. ok bro soleh, sis solehah, nah ambik setempek!

*terasa dak*
padan muka...kekekekeke
Hmm...sebenaqnya aku bleteaq panjang panjang nih, aku nak muhasabah diri aku sendiri ja. tak dak kena mengena dengan manusia lain samada yang hidup atau mati *perghh ayat macam dlm movie2*
Dikala ini, aku diuji dengan kemalangan yang menimpa dua adik aku. waktu depa mandi *mungkin, aku xsure sbb aku xdak kt situ*, dinding toilet kt rumah aku tu pecah dan timpa kedua adik aku. yang sorang tu kena dikepala, dan sorang lagi terkoyak peha. Allahu. aku taip nih pon terasa ngilu. komfom pedih and sakitt sgt! apalagi untuk depa yg umoq 7 and 4 tahun. T________T doakan depa.
aku tahu, Allah sayang aku, sebab tu Dia uji aku. tapi aku sangat terar (baca:terror) untuk teriyak! teriyak mksudnya menangis. rasanya baru kemaren dulu aku teriyak teriyak kat depan sakinah. tapi harini, again, diuji.

ALLAH syg aku!
LA TAHZAN, INNALLAHA MA'AANA.
ma'assalamah.
assalamu'alaikum mujahid mujahidah.

Wsalam dik. Syafakallah untuk kedua2 adik sue tuu. :'(
ReplyDeleteMoga Allah beri adik ketabahan yang kental utk menghadapi setiap ujian yang diberikan. Takpe. 'Biar susah sedikit kerana Tuhan'.
Menangislah, biar airmata tu menjadi segala, demi menghadapi saat bertemu dgn Tuhan yang Esa, in shaa Allah :)
Be tough. Allah always be there, for you.
yeah kakak...=) tq kakak. each of ur sentences, made me calm. akak byk ingatkan kte dgn Allah....bersyukur sgt. =)
Delete